Loading...
News

Merdeka Cat Costume Contest

Sejak mula diperkenalkan beberapa dekad lalu, pertandingan pakaian beragam kucing semakin mendapat perhatian dan tempat di hati peminat haiwan comel itu. Pelbagai konsep dan tema menjadi pilihan dalam setiap penganjuran pertandingan ini. Antaranya adalah pakaian tradisional,  Hari Kemerdekaan , Minggu Fesyen dan sebagainya.

Sempena Hari Kebangsaan yang bakal menjelang tidak lama lagi, satu pertandingan pakaian beragam kucing ‘MERDEKA CAT COSTUME CONTEST’ anjuran DOD Event akan diadakan di bertempat di Aras 1, AEON MALL BANDARAYA MELAKA.

Penyertaan untuk pertandingan ini dibuka untuk 20 pendaftaran terawal sahaja. Tiada tema atau konsep tertentu yang disyaratkan oleh penganjur, jadi terpulang kepada pilihan dan citarasa para peserta untuk menggayakan kucing mereka. Pemarkahan atau penilaian akan dibuat dari 3 aspek utama; pakaian itu sendiri, kreativiti dan tahap kesihatan dan kebersihan kucing. Pihak penganjur juga meletakkan syarat bahawa para peserta meletakkan si comel dalam sangkar sepanjang masa berada dalam bangunan pusat beli-belah berkenaan KECUALI ketika pertandingan dan pengadilan berlangsung. Ini adalah prosedur biasa untuk mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini di tempat ramai orang awam berkumpul.

Hadiah turut disediakan untuk 5 pemenang utama. Pemenang tempat pertama akan membawa pulang baucer membeli-belah di AEON yang bernilai RM 300, beserta hamper dan sijil manakala pemenang tempat kedua hingga kelima , masing-masing akan membawa pulang hamper dan sijil.

Inilah masanya untuk pencinta kucing yang  gemar menggayakan pakaian menarik untuk kucing mereka tampil dan menyertai pertandingan yang menyeronokkan ini. Bukan sahaja dapat menimba pengalaman dan berkongsi aspirasi, malahan boleh berkenalan dengan pencinta kucing yang mempunyai minat yang serupa! Tentu ada sahaja topik menarik untuk dibualkan nanti.=)

Jadi jangan lupa untuk menyertai MERDEKA CAT COSTUME CONTEST yang akan berlangsung pada hari Ahad, 26 Ogos 2018 bertempat di Astaka West Boulevard, Aras 1, Aeon Mall Bandaraya Melaka bermula jam 1 tengahari. Luangkan masa hujung minggu anda sebagai peserta mahupun penonton program ini kerana ianya pasti tidak mengecewakan. Jemput hadir beramai-ramai ye.

 Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut pertandingan serta pendaftaran, sila hubungi:
Raudhah – 014 938 1294

 Jom gayakan kucing anda hujung minggu ini !

Kongsi Artikel
Pilihan Editor
Slow Loris by PETSARECUTE
Gekko BY PETSARECUTE 1