Loading...
Tips Penjagaan

9 Tips Mudah Jinakkan Sugar Glider

Menjinakkan Sugar Glider – nampak mudah kan, tapi tidak. Usaha berterusan dan kesabaran yang tinggi sangat perlu dalam proses ini.

Banyak cara dan pendekatan yang dilakukan oleh penjaga untuk menjinakkan Sugar Glider mereka. Ada yang berjaya dalam masa yang singkat dan ada pula yang mengambil masa yang lebih lama. Tak ada jalan mudah TETAPI ada tips yang boleh membantu anda menjinakkan Sugar Glider.  Nak tahu? Jom lihat 9 tips mudah jinakkan Sugar Glider anda.

  1. Luangkan masa bersama setiap hari

Masa yang dihabiskan bersama untuk bermain dan melayan kerenah si cilik ini boleh membentuk hubungan yang rapat ( bonding ) dengan mereka. Perlahan-lahan, mereka belajar mengenali kita sepertimana kita belajar memahami mereka. Rasa macam baru bercinta pula kan?

  1. Menyuap makanan atau memberikan makanan di tapak tangan (handfeed )

Cara ini adalah salah satu kaedah untuk membiasakan Sugar Glider dengan sentuhan manusia. Selain itu, mereka mengecam bau badan penjaga apabila makan di tapak tangan. Suap je makanan ke mulut mereka atau letak sedikit makanan di tapak tangan anda dan biarkan mereka makan sendiri. Pasti anda terhibur melihat gelagat takut-takut berani mereka pada awalnya. Belum biasalah katakan..

3. Letakkan sangkar di tempat lalu-lalang

Kenapa ? Biasanya Sugar Glider takut atau agresif kerana mereka tidak biasa dengan kehadiran manusia. Dengan meletakkan sangkar mereka di tempat anda dan keluarga anda kerap lalu lalang, anda secara tidak langsung membiasakan mereka dengan kehadiran dan aktiviti manusia. Perasaan takut akan mula hilang dan mereka akan terbiasa dengan bunyi, suasana dan persekitaran yang baru.

  1. Bau badan

Bunyi macam sedikit jijik kan? Sugar Glider adalah haiwan territorial yang akan menyesuaikan diri dengan bau tertentu. Tips mudah jinakkan mereka adalah membiasakan mereka dengan bau badan anda. Hanya perlu masukkan baju yang dah dipakai dalam sangkar mereka. Kami cadangkan anda lakukan proses ini untuk sekurang-kurangnya 2 minggu atau sehingga Sugar Glider anda mulai jinak. Cuma pastikan gantikan baju itu setiap hari ye.

  1. Memilih waktu yang sesuai

Sugar Glider cenderung untuk berehat dan tidur pada waktu siang. Mereka lebih aktif pada waktu malam. Jadi kenapa siang adalah pilhan terbaik? Pada waktu siang, mereka agak lemah dan dalam keadaan separa sedar. Jadi mudah untuk anda memegang dan membelai mereka. Gigitan mereka juga tidak sekuat pada waktu malam ketika mereka aktif dan penuh tenaga. Jadi, cari masa yang sesuai untuk menjalankan misi menjinakkan mereka tau.

  1. Membiasakan tabiat baru

Antara yang anda boleh lakukan untuk jinakkan Sugar Glider ialah membiasakan mereka dengan tabiat baru. Mungkin sedikit mencabar pada permulaannya. Anda boleh masukkan mereka dalam kocek anda, dan jika berani, masukkan dalam baju ! Tahan sikit geli tu.. Apabila mereka dah terbiasa dengan rutin ini, secara automatik mereka akan melakukkannya sendiri.

  1. Menggigit jari

Bukanlah anda menggigit jari sendiri ye. Kita perlukan anda untuk membiarkan suggies anda menggigit jari anda . Antara sebab kenapa perlu melakukan demikian ialah, Sugar Glider akan merasa lebih yakin dengan niat anda terhadap mereka. JANGAN tarik jari anda semasa mereke menggigit. Bukan sakit sangat pun.. Dengan gigitan juga, mereka mengecam bau dan tangan penjaga mereka. Sugar Glider kan bijak..

  1. Berikan mereka ruang dan masa

Si kecil ini memerlukan masa untuk menyesuaikan diri di tempat baru. Mereka perlukan ruang untuk belajar menerima. Jika dipaksa, kami risau mereka hanya akan menganggap anda sebagai musuh, bukan penjaga mereka. Lakukan pendekatan menjinakkan mereka dengan perlahan dan tenang. Mereka pasti lebih selesa dan terbuka menerima anda.

  1. Nama

Panggilan nama untuk si comel ini juga penting. Bukan sahaja mereka mengecam identiti diri sendiri, mereka juga mengenali anda sebagai penjaga mereka. Biasakan memanggil mereka dengan nama tertentu sehingga mereka tahu itu adalah panggilan untuk mereka. Mesti anda gembira apabila Sugar Glider anda memberi respon apabila nama mereka dipanggil kan? Tambahan jika mereka menoleh dan menerpa kepada anda.. bahagianyaaa…

Anda boleh mencuba semua, atau hanya beberapa dari tips diatas untuk menjinakkan si comel ni. Teruskan berusaha sehingga mendapat hasilnya.

Yang penting sabar dan jangan mudah berputus asa ye!

Kami akan kongsikan lebih banyak informasi yang berguna untuk kamu dalam artikel lain. Sampai berjumpa lagi. Jangan lupa SHARE untuk manfaat bersama. Jumpa lagi !

Kongsi Artikel
Pilihan Editor
Slow Loris by PETSARECUTE
Gekko BY PETSARECUTE 1