Loading...
Tips Penjagaan

Kepentingan Dandanan Buat Si Manja

Kucing boleh menjaga dan mendandan diri mereka sendiri ? Inilah mitos yang menyebabkan ramai tidak memberi perhatian untuk menjaga kucing mereka secara total.

Kucing tidak mampu menjaga kebersihan dan kecantikan mereka sendiri. Mereka menjilat. Dandanan dan menjilat adalah dua perkara yang sama sekali berbeza. Mendandan atau merias melibatkan penggunaan produk dan alat untuk membersihkan, memotong dan merapikan dengan betul. Apabila kucing hanya menjilat tanpa mendapat dandanan yang sebetulnya, ianya hanya melibatkan penggunaan lidah untuk menyebarkan air liur di sekitar kawasan badan yang mampu dicapai oleh lidah kucing. Dan tanpa dandanan, tidak lengkap penjagaan untuk si comel kesayangan anda ini.

Tidak cukup dengan hanya menjilat badan sendiri ya si manja!

Antara kebaikan melakukan dandanan kucing secara berkala ialah ;

  • Memberus boleh membantu meratakan minyak semula jadi yang membantu mengekalkan kesihatan kulit dan lapisan bulu kucing – ini membantu menjadikan bulu kucing cantik, bersinar dan gebu. Sedap kan kalau dapat memeluk si manja yang bersih dan gebu?
  • Dengan memberus secara kerap anda boleh mengatasi bulu kusut sebelum mereka berubah menjadi gumpalan bulu yang melekat pada badan kucing anda. Gumpalan ini seperti gam yang melekat kuat di badan,menyakitkan dan menjadikan si manja tidak selesa.
  • Proses dandanan membolehkan anda memeriksa parasit seperti kutu dan kulat. Kutu dan kulat adakalanya terselindung di sebalik bulu kucing yang halus. Sedangkan kucing berbulu pendek pun sukar untuk kita mengesan kehadiran kutu dan kulat tanpa pemeriksaan rapi, inikan pula si bulu panjang. Dandanan yang melibatkan trimming ‘lion cut’ boleh mengatasi masalah kutu dan kulat yang serius.
  • Dandanan melibatkan sentuhan. Aktiviti ini boleh mengurangkan ketakutan kucing terhadap manusia disamping mengeratkan hubungan. Kucing yang biasa dengan sentuhan manusia akan manja dengan mereka yang selalu menyentuh dan memegangnya. Sentuhan membuatkan si manja berasa disayangi dan dihargai tuannya.
  • Masalah-masalah asas kucing seperti sakit telinga dan masalah kulit dapat dikesan awal dan dirawat. Penyakit kucing dapat menyerang secara tak diduga. Dengan dandanan berkala, kebersihan kucing terjamin sekaligus mengurangkan risiko penyakit akibat kuman dan kotoran.
Mandian menggunakan air suam yang membuatkan kucing selesa sepanjang sesi dandanan dijalankan

MENGAPA PENDANDAN KUCING ADALAH IDEA YANG BAIK?

Groomer atau pendandan kucing ini kebanyakannya adalah profesional. Mereka mempelajari ilmu dandanan haiwan secara langsung dari akademi atau pusat latihan tertentu. Selain dari ilmu dan kepakaran yang terlatih, pendandan profesional juga kebiasaannya pencinta haiwan yang tahu cara terbaik mengendalikan kucing kesayangan anda.

Memotong kuku kucing memerlukan teknik yang betul agar kucing tidak cedera
Teknik membersihkan telinga yang betul serta penggunaan peralatan yang sesuai diperlukan bagi mengelakkan kecedaraan tisu kulit telinga

Bukan semua perkara kita tahu dan tidak semua mempunyai masa untuk diluangkan bagi memberi perhatian khusus kepada si manja. Komitmen masa dan tenaga ini boleh diserahkan kepada orang lain yang lebih arif, hanya dengan bayaran yang sangat berbaloi dengan perkhidmatan yang disediakan. Terdapat begitu banyak perkhidmatan dandanan kucing di seluruh negara, sama ada di kedai-kedai haiwan mahupun dari rumah sahaja. Asalkan kucing kita terjaga dengan baik, setiap ringgit yang kita keluarkan adalah pelaburan yang menguntungkan !

Lion Cut dibuat untuk kucing yang mengalami masalah kulit untuk membantu mempercepatkan proses pemulihan.

Kami di Petsarecute menawarkan khidmat dandanan untuk si manja anda; bermula hanya dari RM 35 sahaja! Khidmat dandanan biasa seperti mandian, memotong kuku sehinggalah perkhidmatan ‘Lion Cut’, Perkhidmatan yang disediakan adalah yang terbaik telah dimanfaatkan oleh ribuan pemilik kucing sejak 2013! Klik pautan ini untuk tempahan slot dandanan dan pertanyaan. http://groomkucing.wasap.my

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut tentang dandanan, sila hubungi:
Firdaus Sani – 012-9485559 (Damansara Perdana)
Zuleira Muhamad – 012-2096268 (Damansara Perdana)
Aida Sani – 012-9702356 (Cheng, Melaka)
Azilah Sani – 013-9049679 (Taman Gelora, Kuantan)

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda untuk menjadikan si manja lebih sihat, bersih dan terjaga. Jangan lupa klik SHARE untuk manfaat bersama. Jumpa di artikel seterusnya!

Sumber gambar : Pinterest

Kongsi Artikel
Pilihan Editor
Slow Loris by PETSARECUTE
Gekko BY PETSARECUTE 1