Loading...
Haiwan Kesayangan

10 Fakta Mengujakan Mengenai Iguana

Gergasi berhati lembut yang genius – itulah dia Iguana. Iguana sangat popular di kalangan peminat haiwan eksotik kerana di sebalik muka dan fizikalnya yang agak garang dan menakutkan, mereka sebenarnya sangat mesra, manja dan menghiburkan.

Terdapat banyak fakta menarik mengenai iguana. Untuk kali ini, kami kongsikan 10 fakta mengujakan mengenai iguana yang mungkin anda belum tahu ! Jom tengok .

 

  1. Selain perenang yang baik, Iguana dapat menahan nafas selama 28 minit dalam air . Kelebihan ini juga membolehkan iguana menyelamatkan diri dari serangan pemangsa yang tidak boleh berada dalam air untuk tempoh yang lama. Hebatnya !
  2. Anak Iguana biasanya akan makan najis Iguana dewasa. Walaupun kelihatan kotor dan jijik, anak Iguana mendapatkan bakteria baik bagi melancarkan proses penghadaman mereka.
  3. Mereka sangat suka berjemur. Iguana banyak menghabiskan masa berehat dan berjemur kerana mereka sukakan kepanasan yang menyelesakan. Mereka tidak banyak bergerak aktif dan lebih gemar ‘chill’ di tempat yang sama setiap hari. Comel sungguh kerenah mereka ini.
  4. Iguana mampu mengawal suhu badan mereka sendiri, Terdapat satu bahagian di bawah dagu mereka seperti lebihan isi  yang dipanggil Dewlap. Dewlap ini berfungsi mengawal suhu badan iguana. Dewlap juga akan menjadi kembung dan besar sekiranya mereka berasa terancam dan ingin menunjukkan keagresifan mereka kepada musuh.
  5. Iguana betina akan bertelur, menimbus tanah untuk melindungi telur-telur berkenaan sehingga menetas dan anak-anak iguana ini akan memulakan fasa survival dalam kehidupan mereka sejak itu. Mereka harus berdikari mencari makanan sendiri dan melindungi diri dari musuh dan pemangsa.
  6. Iguana mengenali penjaga mereka dengan bunyi dan penglihatan. Mereka mempunyai penglihatan yang tajam. Iguana dapat mengecam fizikal dan suara penjaga mereka dengan baik. Dan mereka amat manja dengan penjaga mereka.
  7. Mempunyai mata ketiga. Iguana mempunyai satu benjolan di atas kepala mereka yang juga berfungsi sebagai mata ketiga bagi memudahkan pergerakan mereka. Mata ketiga ini memberikan kelebihan kepada Iguana untuk memerhatikan persekitaran mereka secara menyeluruh untuk memastikan keselamatan mereka.
  8. Seperti ular, Iguana juga bersalin kulit. Proses ini berlaku sepanjang tempoh Iguana membesar. Bersalin kulit juga memberikan kulit baru dan warna yang lebih cantik kepada kulit Iguana.
  9. Mereka adalah haiwan herbivor. Ini bermaksud Iguana hanya makan sayur, dedaun, bunga dan buah-buahan.. dan mungkin sesekali serangga kecil atau telur sebagai variasi diet harian mereka.
  10. Iguana boleh jatuh dari ketinggian sehingga 15 kaki tanpa sebarang kecederaan. Kelebihan ini berguna kerana mereka banyak menghabiskan masa diatas pokok dan tempat tinggi di habitat asal. Menarik bukan?

Semoga informasi ini dapat sedikit sebanyak membantu anda mengenali Iguana dengan lebih mendalam. Yang pastinya, Iguana adalah haiwan menarik yang penuh karakter , sesuai dijadikan peneman dan kesayangan anda.

Jangan lupa kongsikan artikel ini bersama teman-teman anda ye !

Kongsi Artikel
Pilihan Editor
Slow Loris by PETSARECUTE
Gekko BY PETSARECUTE 1