Loading...
Haiwan Kesayangan

Kenali Anjing : Si Pintar Kesayangan Ramai

 Anjing merupakan antara haiwan mamalia yang terawal dijinakkan oleh manusia. Mereka telah hidup di kalangan manusia sejak 30,000 tahun yang lepas. Manusia mula menjinakkan mereka bagi pelbagai tujuan untuk membantu menjalani kehidupan seharian pada zaman dahulu.

Pada zaman sekarang, kita dapat lihat banyak peranan penting yang telah dibawa oleh haiwan ini, antaranya adalah bagi tujuan memburu, menjaga, menjadi anjing terlatih untuk mengesan dadah bagi pihak polis, dan sebagainya. Ada juga yang dilatih untuk menghidu penyakit di dalam badan manusia dan menghidu bom. Anjing-anjing seperti ini biasanya membantu pihak polis di lapangan terbang dan di tempat-tempat lain yang telah ditetapkan.

“Selain daripada fungsi mereka di dalam kerja-kerja tersebut, anjing juga turut digelar ‘Man’s best friend’ kerana sifat mereka yang sangat taat dan setia kepada pemilik mereka. “

 

Anjing popular dikalangan pencinta haiwan kerana sifat mereka yang periang, mudah mesra, dan mudah mendengar arahan. Diet mereka agak mudah, mereka memakan kedua-dua daging dan juga sayuran. Kebiasaannya, itu merupakan menu utama yang terdapat di dalam kebanyakan makanan-makanan anjing yang terjual di pasaran.

Memiliki anjing sebagai haiwan peliharaan memakan kos yang agak tinggi kerana diet dan selera mereka lebih besar berbanding kucing, dan mereka juga memerlukan diet yang tertentu mengikut baka dan penyakit yang mereka hidapi. Bagi meminimumkan kos, pemilik boleh membuat sendiri makanan basah mereka daripada sumber-sumber yang natural dan segar.

Anjing memiliki deria bau dan pendengaran yang lebih hebat dari mana-mana binatang dan juga manusia. Tetapi mereka tidak dapat melihat warna dengan jelas kerana mereka adalah haiwan yang buta warna. Mereka dapat melihat di dalam gelap dengan lebih baik daripada manusia disebabkan salah satu faktor anotami pada deria penglihatan mereka. Mereka juga mempunyai penglihatan yang lebih lebar dan besar.

Seperti serigala, anjing juga berjalan di dalam satu kumpulan atau lebih popular dengan terma ‘Pack’. Setiap anjing mempunyai pangkat masing-masing di dalam sesebuah kumpulan. Anjing yang mempunyai pangkat yang rendah di dalam sesuatu kumpulan perlu menghormati dan taat kepada anjing yang memegang pangkat tertinggi, yang juga digelar sebagai ‘Alpha Male’. Anjing peliharaan selalunya menganggap pemilik mereka sebagai ‘Alpha Male’.Menarik kan info ni?

Dari segi jangka hayat seekor anjing, baka memainkan peranan yang utama bagi menentukan berapa lama mereka boleh hidup. Contohnya, anjing berbaka Dachsund biasanya hidup sehingga 15 tahun, Chihuahua 20 tahun. Baka anjing paling besar iaitu Great Dane, walaubagaimanapun, hanya mempunyai jangka hayat  selama 5 ke 8 tahun. Setengah dari mereka ada yang hidup sampai ke umur 10 tahun. Ini dapat dikonklusikan bahawa kebanyakan anjing yang berbaka kecil dapat hidup lebih lama dari anjing berbaka besar. Pemilik harus mengenal pasti tanda-tanda bahawa anjing mereka sudah tua seperti pasif, kehilangan berat badan, susah untuk bangun dan berjalan, jangka masa tidur yang agak lama, dan kekerapan kencing.

Berbanding kucing serta haiwan-haiwan peliharaan yang lain, anjing merupakan haiwan yang sangat sosial dan gemar bersiar-siar dan bermain. Sudah banyak kita lihat ‘Obedient Class’ yang melibatkan pemilik anjing serta anjing peliharaan mereka. Kelas ini melatih pemilik dan anjing mereka tentang disiplin, kesetiaan, cara komunikasi yang baik, dan banyak lagi. Mereka ditempatkan mengikut kelas masing-masing mengikut tahap berdikari mereka. Mereka juga perlu melalui ujian untuk menentukan sama ada anjing tersebut boleh ke tahap yang lebih advance atau tidak untuk sesi latihan yang seterusnya. Kebanyakan kelas ‘obedient’ dilakukan di tempat-tempat yang lapang seperti padang dan taman bagi membolehkan anjing-anjing tersebut merasa bebas dan senang berlari. Antara badan kebajikan yang mengadakan ‘Obedient Class’ untuk anjing pada setiap minggu adalah Malaysian Animal Welfare Foundation ataupun lebih dikenali dengan nama singkatnya MNAWF.

“Terdapat lebih kurang 800 jenis baka anjing di dunia. Seekor anjing yang mempunyai ibu bapa yang sama jenis baka akan turut dilahirkan dengan baka yang sama. Anjing-anjing seperti ini digelar Pure Breed atau baka asli. Anjing yang ibu bapanya mempunyai baka yang lain-lain pula dikenali sebagai Mixed-Breed atau baka campur.”

Antara contoh baka campur yang popular adalah Collies, Poodles, dan Retriever. Antara trend popular zaman sekarang adalah dengan mencampur dua baka anjing yang berlainan dan menamakan baka anjing yang baru lahir dengan kombinasi baka ibu bapa anjing tersebut, contohnya Pomsky (Pomeranian dan Husky). Mereka juga turut digelar sebagai Hybrids dan Designer Dog. Kebanyakan dari mereka digunakan sebagai anjing untuk tujuan pertandingan kerana keunikan rupa mereka. Mereka juga boleh menjadi anjing pemandu.

Sesetengah baka anjing yang berbulu tebal seperti Chow Chow, Siberian Husky, dan Alaskan Malamute memerlukan keadaan tempat tinggal yang sejuk untuk mereka mengekalkan suhu badan dan keadaan biologi badan mereka. Seperti yang kita tahu, haiwan-haiwan yang berbulu tebal biasanya datang dari negara yang beriklim sejuk, jadi, bagi pemilik haiwan yang berada di tempat yang beriklim tropika, mereka perlulah menyediakan tempat yang sesuai dengan keadaan badan anjing-anjing berbaka seperti ini bagi mengelakkan mereka mengalami strok haba. Ini sangat normal terjadi kepada anjing-anjing berbulu tebal sekiranya mereka terdedah dengan keadaan panas pada jangka waktu yang agak lama. Pastikan anda membawa botol air yang cukup sekiranya anda hendak keluar bersiar-siar dengan Chow Chow anda.

Memiliki anjing merupakan komitmen yang agak besar. Kerana itulah setiap pemilik harus mengenal pasti setiap tingkah laku dan perubahan yang terjadi kepada anjing peliharaan mereka kerana mereka bergantung kepada kita untuk mendapat kehidupan yang sihat. Penyakit biasa yang sering menyerang anjing adalah jangkitan telinga, jangkitan cacing, jangkitan kutu, muntah yang disebabkan oleh keracunan makanan, strok haba, dan kegagalan buah pinggang, dan juga diarrhea. Rawatan bergantung kepada jenis kesakitan yang dialami dan antaranya adalah terapi air, ubat untuk mengawal kekerapan muntah, dan yang paling penting sekali adalah, makanan home-made yang diperbuat daripada bahanbahan yang asli dan segar seperti daging ayam, kentang rebus, brokoli, dan nasi. Sesetengah anjing merupakan ‘Lactose Intolerance’, satu keadaan di mana mereka tidak boleh makan atau minum apa-apa produk yang berasaskan tenusu. Jika anda dapati anjing peiharaan anda mengalami allergi yang teruk selepas mengambil produk tenusu, sila dapatkan rawatan kecemasan kerana hal ini boleh menyebabkan kematian pada haiwan kesayangan anda itu.

Pemilik harus memastikan anjing peliharaan mereka telah mendapat vaksin yang lengkap dan antara langkah yang lebih baik dan bertanggungjawab adalah dengan mengembirikan mereka (spaying and neutering). Pusat perlindungan haiwan di negara kita telah dipenuhi dengan anjing dan kucing yang terbiar. Dengan mengembirikan anjing peliharaan anda sedikit sebanyak dapat membantu meminimumkan peluang haiwan-haiwan ini dari membiak dan terus hidup liar tanpa makanan dan tempat perlindungan yang baik.

Tahukah anda, kucing dan anjing yang telah dikasi mempunyai tahap kesihatan yang lebih tinggi dari haiwan yang tidak dikasi. Kerajaan Malaysia telah memberikan subsidi yang sangat berpatutan kepada pemilk-pemilik haiwan peliharaan bagi tujuan ini. Anjing yang telah dikasi juga dapat diberi peluang untuk hidup lebih lama kerana penyakit-penyakit seperti jangkitan pada saluran air kencing dan cancer dapat dicegah dengan proses kasi tersebut. Gunakan kemudahan teknologi sekarang untuk memberikan yang terbaik kepada anjing peliharaaan anda.

Kongsi Artikel
Pilihan Editor
Slow Loris by PETSARECUTE
Gekko BY PETSARECUTE 1