Loading...
Gaya Hidup

Gaia : Dari Penyelamat kepada Teman Sejati

 

Apabila Johann menyelamatkan seekor anak burung, dia menyangka bahawa anak burung berkenaan akan meninggalkan beliau apabila telah sihat. Namun , jangkaannya meleset, Gaia memutuskan untuk terus bersama sahabat baiknya – sepanjang pengembaraan Johann meluncur merentasi negara Sepanyol ! Jom saksikan bagaimana Johann dengan bangganya menjadi ‘ayah’ Gaia dan berkongsi pengembaraan paling hebat seumur hidup mereka.

Gaia menyedarkan Johann tentang rasa kasih sayang dan tanggungjawab terhadap makhluk lain. Kehidupan Johann berubah menjadi lebih baik sejak kehadiran Gaia.

Gaia membesar dengan kasih sayang dan penjagaan rapi Johann. Beliau menyuap Gaia dari mulutnya dan memastikan Gaia mendapat keperluan haba secukupnya kerana Gaia tiada bulu pelepah sewaktu kecil. Setiap peringkat hidup Gaia dari kecil hingga dewasa adalah bersama Johann.

Gaia menjadi peneman Johann sepanjang pengembaraannya merentasi Sepanyol. Johann bangga menjadi ‘ayah’ kepada seekor burung cerdik dan manja bernama Gaia itu dan mereka sememangnya tak dapat dipisahkan !

Johann menganggap Gaia sebagai sumber motivasi utama dan tulang belakang beliau sepanjang pengembaraan mereka. Gaia selalu ada ; walaupun tidak mampu bersuara, namun bahasa tubuh dan keletah Gaia memberikan Johann semangat untuk meneruskan misi beliau.

Hubungan istimewa antara mereka berdua ternyata manjadi perangsang kepada Johann untuk mencapai impiannya mengelilingi Sepanyol dengan hanya menggunakan papan luncur !! Hebat kan kesan emosi dan spiritual yang dapat dihidupkan oleh seekor Gaia kepada Johann.

Sehinggalah pada suatu hari, Gaia membuat keputusan untuk memulakan pengembaraan dan kehidupannya sendiri, dan mempunyai keluarga sendiri. Gaia terus pergi meninggalkan Johann dan tidak kembali semula seperti kebiasaannya.

Tiada sempadan untuk kasih sayang sesama makhluk. Hal ini disedari Johann dan ternyata, Gaia banyak menyedarkannya tentang erti kehidupan. Kami doakan semoga Johann meneruskan pengembaraan beliau walaupun Gaia tiada di sisinya, dan semoga berjaya mencapai kejayaan yang dihajati. Terima kasih Johann kerana berkongsi kisah hebat Gaia dengan kami.

Kredit video dan gambar : The Dodo dan SoulMates

 

 

 

Kongsi Artikel
Pilihan Editor
Slow Loris by PETSARECUTE
Gekko BY PETSARECUTE 1