Loading...
Tips Penjagaan

Iguana : Tips Penjagaan Dan Diet Yang Sesuai

Iguana amat terkenal dengan keperibadian dan karakternya yang menarik. Apabila dipelihara dari usia yang muda, mereka membesar mengenali dan mengetahui siapa penjaga mereka. Iguana juga mempunyai reputasi untuk mengikut dan berkepit dengan penjaga  mereka seperti anak manja.

Walaubagaimanapun, kemesraan dan kepercayaan iguana kepada manusia tidak berlaku secara kebetulan atau tiba-tiba.Anda perlu mula mengendalikan dan melatih mereka dari anak kecil lagi. Membelai mereka secara kerap dan berkala akan membantu mereka mengenali anda sebagai penjaga mereka.Hasilnya; Iguana menjadi mesra, manja dan tidak agresif dengan sentuhan anda.

“Iguana boleh membesar sehingga 6 kaki, dengan ekor yang panjang. Oleh itu, sangkar besar   dengan ruang yang cukup luas untuk memenuhi keperluan mereka diperlukan sebagai syarat utama penjagaan”

 

 

Berikut kami berikan tips yang sesuai untuk menyediakan sangkar atau kandang yang sesuai untuk Iguana.

KELUASAN SANGKAR

  • Sangkar besar dan tinggi sekurang-kurangnya 8′ x 3′ x 6′. Lebih besar lebih baik. Exoterra Flexarium menawarkan 4 pilihan saiz, bermula dari harga RM 99.90 untuk sangkar bersaiz 2 gelen.
  • Ranting atau dahan sebagai tempat berjemur, memanjat dan sebagainya. Exoterra menawarkan seleksi dari Forest Branch dan Jungle Vine untuk pilihan anda.
  • Tempat berlindung atau bersembunyi. Ini penting agar iguana berasa selamat dari sebarang bentuk ancaman. Kami cadangkan Exoterra Pebble Hiding Cave.
  • Lampu UVB. Pencahayaan UVB adalah penting untuk metabolisme, keperluan kalsium dan tulang yang kuat. Memandangkan saiz iguana anda mungkin memerlukan dua tiub UVB untuk merangkumi keseluruhan badan mereka. Lampu-lampu ini perlu diganti setiap enam bulan, kerana jumlah UV akan turun secara dramatik selepas tempoh masa ini.
  • Thermostats untuk memastikan suhu yang sesuai dalam sangkar. Iguana tidak biasa dengan cuaca sejuk.  Untuk mengekalkan kesihatan yang optimum, iguana memerlukan haba tetap, tempat berjemur, dan lampu UV. Anda perlu menetapkan suhu sangkar pada 80 – 88 F pada siang hari dan 75 – 80 F pada waktu malam (lebih panas untuk iguana kecil ). Di samping itu, mereka memerlukan tempat berjemur yang mempunyai suhu sekitar 120 F.
  • Substrate untuk menutup bahagian lantai sangkar. Cadangan kami adalah Exoterra Moss Mat. Harga bermula dari RM 13.90 untuk 30cm x 30cm.
  • Bekas makanan dan minuman. Bekas untuk Iguana berendam juga perlu disediakan. Bekas-bekas ini haruslah cukup berat untuk mengelakkan air atau makanan dari tumpah. Penggunaan bekas air ini juga untuk memastikan kadar kelembapan sangkar di tahap yang sesuai.

Diet Iguana

Gergasi yang lembut ini adalah vegetarian. Sesetengah penjaga membuat kesilapan dengan memberikan makanan kucing kepada iguana kerana saiz mereka yang besar. Kesalahan ini mebawa banyak masalah kesihatan kepada iguana kerana makanan berasaskan daging terlalu tinggi dalam protein akan membawa kepada kegagalan buah pinggang.

 

“Untuk diet iguana yang ideal, sayur-sayuran mentah, dengan buah-buahan sebagai hidangan sekali seminggu. Makanan yang paling sesuai dengan iguana termasuk       sayur-sayuran berdaun hijau, sayur-sayuran turnip, kacang hijau, dan labu kuning.”

 

Di samping itu terdapat makanan komersial  seperti Exoterra Adult dan Juvenile Iguana Food yang mengandungi keperluan nutrisi lengkap untuk iguana anda. Iguana dewasa boleh menerima makanan kering dengan baik berbanding iguana kecil kerana Iguana mendapat sebahagian besar air dari makanan mereka, dan terlalu banyak makanan kering boleh mengakibatkan dehidrasi.

Kalsium amat penting untuk kesihatan Iguana. Namun, sesetengah sayuran mengandungi phytates dan oxalates yang mengganggu pencernaan kalsium. Berhati-hati dengan jenis makanan baru yang anda berikan kepadan Iguana, dan hanya berikan sejumlah sayuran seperti bayam,daun lobak merah,untuk mengurangkan kehilangan kalsium dari diet mereka. Langkah keselamatan yang baik adalah untuk menabur serbuk kalsium pada salad harian Iguana sebagai langkah berjaga-jaga. Exoterra menawarkan Calcium Powder dan Multi-Vitamin Powder untuk tujuan ini.

Pastikan juga setiap hidangan dipotong kecil kerana Iguana tidak boleh mengunyah ! Mereka akan menelan setiap makanan mereka, jadi potongan kecil sesuai dan memudahkan mereka makan dengan sempurna.

Diharapkan informasi ini akan membantu anda menjaga kesayangan anda sebaiknya. Jika ada sebarang kemusykilan dan pertanyaan, boleh bertanya dengan kami ya. Kami sedia membantu anda.

Kongsi Artikel
Pilihan Editor
Slow Loris by PETSARECUTE
Gekko BY PETSARECUTE 1