Cara Penjagaan Dan Trik Menjinakkan Ball Python

Ball Python atau nama saintifikyna, Python Regius tidak termasuk dalam kategori ular yang berbisa. Ia sesuai dan selamat untuk peminat atau pembela haiwan eksotik spesis ular ini. Sifat Ball Python tidak ganas dan cara pertahanan dirinya bukanlah mematuk melainkan menggulungkan dirinya membentuk seperti bola. Rata-rata ukuran panjang Ball Python sekitar 90 – 120cm.

Usianya pula boleh mencapai sehingga lebih dari 40 tahun. Ball Pyhton banyak ditemui di pinggiran hutan bahagian tengah dan barat benua Afrika dan termasuk jenis ular yang hidup dengan baik di pohon dan tanah.

Ball Python tergolong dalam kategori “crepuscular”, iaitu sangat aktif saat matahari terbit dan ketika matahari terbenam (sewaktu senja dan fajar).

Di Eropah, ia disebut sebagai “Royal Python”. Sementara di Amerika Syarikat pula ia disebut “Ball” kerana suka melingkar seperti bola apabila mereka merasa tidak selesa atau terancam. Seperti jenis Python yang lain, Ball Python termasuk jenis ular yang lembut, agak pasif dan bersifat ingin tahu tentang keadaan sekelilingnya. Jika dijaga dengan baik, Ball Python akan berbentuk sangat cantik dan bulat terbentuk.

Sebenarnya Ball Python tidaklah terlalu besar. Ball python dewasa berukuran antara 130 – 180cm, manakala Ball Python liar ukurannya lebih kurang 140cm. Sangat jarang dijumpai Ball Python di belantara yang berukuran melebihi 140cm. Ia mengalami pertumbuhan sekitar 35cm pada tiga tahun pertama. Selepas tiga tahun itu, tumbesarannya akan menurun bahkan akan terhenti.

Cara Menjinakkan Ball Python - Oleh PetsAreCute

Bagi peminat-peminat ular yang ingin membela ular yang jinak ini, kamu benar-benar memerlukan ilmu pengetahuan yang luas. Kamu harus mendapatkan cara penjagaan yang betul untuk menjaganya supaya perkara yang tidak diingini tidak berlaku dan dapat dielakkan.

Suhu kehangatan yang sesuai untuk kandang antara 85 – 90 darjah fahrenheit. Pada salah satu hujung tangki yang bertentangan, biarkan suhu kira-kira 75 darjah fahrenheit. Suhu kelembapan pula sekitar 70 – 80% terutama di kawasan kotak persembunyian (hiding box). Perlu diberi perhatian, jangan biarkan kelembapan kandang di bawah paras 60%.

Sangkar Ball Python - Oleh PetsAreCute
Sangkar yang ideal untuk Ball Python kesayangan kamu

Sediakan tempat persembunyian terutama bagi Ball Python yang masih kecil. Lagi-lagi kalau ia penghuni baru, ia perlu berasa selamat kerana sifatnya yang pasif dan pemalu. Selain itu, ia menghindarkannya dari stres. Jika tiada kawasan persembunyian, maka ia akan merasakan kandang itu “terlalu kosong” dan tidak selamat untuk didiami. Ball Python yang stres akan terganggu nafsu dan pemakanannya.

Tikus kecil adalah makanan yang sesuai untuk Ball Python. Perkara yang penting tentang diet pemakanan Ball Python ialah memberikan mereka makanan yang bersesuaian pada setiap usia.

Tidak ada satu saiz yang sesuai dan khusus untuk semua jenis Ball Python. Ular juga seperti manusia dan memiliki tabiat pemakanan yang berbeza-beza. Makanannya juga boleh disejuk-beku selagi ia tidak berbau atau busuk.

Secara semulajadi, ular bersifat opurtunis. Adakala, Ball Python juga akan memakan makanan yang telah dibekukan kerana hampir sama dengan bangkai di hutan.

Untuk 2 hingga 3 tahun pertama (18 – 36inci), berilah saiz makanan yang sesuai antara 7 hingga 10 hari. Ular jantan dewasa selalunya makan makanan bersaiz bersesuaian dengan badan kira-kira setiap 3 minggu, manakala bagi ular betina pula setiap 2 hingga 3 minggu.

Jika kamu mempunyai lebih daripada seekor ular, amat penting untuk memahami pilihan, selera, tingkah laku dan tabiat pemakanan mereka. Jadi jika ular kamu tidak mahu makan, jangan panik. Memujuk-maksa atau membantu menyuapkan makanan, perlulah sentiasa menjadi pilihan terakhir buat pembela ular.

Jangan cemas sekiranya di bahagian perut Ball Python bertukar warna merah jambu kerana ia sebenarnya hanyalah permulaan proses kitaran penyalinan kulit (hari ke 7-10). Kamu akan perasan mata Ball Python akan kekelabuan.

Kekerapan Ball Python membuang najis pula bergantung kepada kekerapan kamu memberinya makan. Juga bergantung dari kadar metabolisma Ball Python kamu itu sendiri.

Secara amnya, seekor Ball Python akan mengeluarkan najis pada tiap 4 hingga 6 minggu. Kolam kecil yang cetek di dalam kandang dapat membantu mereka membuang najis dengan lancar.

 

Ball Python yang masih muda akan bersalin kulit kira-kira sekali dalam setiap 4 hingga 6 minggu. Manakala Ball Python dewasa pula bersalin kulit hanya beberapa kali (dalam setahun) sahaja.

 

Ball python boleh mencapai usia antara 20 hingga 40 tahun. Namun ia bergantung pada beberapa faktor. Misalnya cara penjagaan. Jika ia dijaga dengan baik, tak mustahil umurnya juga akan lebih panjang. Kadang-kala, Ball Python yang dijaga dengan baik sekalipun akan memuntahkan semula makanan. Perkara ini mungkin terjadi kerana faktor persekitaran yang sejuk, pemberian makanan yang terlalu awal atau terkena jangkitan parasit dalaman.

Tidak digalakkan sama sekali sekiranya kamu membela lebih daripada seekor spesis ular dan ingin meletakkannya di dalam satu kandang  yang sama. Setelah dikuarintin (2-3 bulan), hanya 2 atau 3 Ball Python dengan saiz yang sama, boleh diletakkan bersama. Ketika memberi makan, kamu harus memisahkan mereka secara berasingan.

Ball python juga boleh

mempunyai masalah pernafasan.

Kamu sebagai penjaga perlulah sentiasa berjaga-jaga dan siap siaga dengan keadaan haiwan peliharaan kamu itu. Tanda jangkitan pada pernafasan Ball Python jelas kelihatan jika terdapat bendalir yang keluar dari hidung/mulut atau bernafas dengan mulut terbuka. Meningkatkan suhu boleh mengurangkan seketika masalah pernafasan Ball Python.

Kebiasaannya, Ball python tidak menggigit, tetapi ia boleh berlaku dan tidaklah terlalu menyakitkan. Sekiranya terkena gigitan, kamu hanya perlu mencuci sekitar kawasan gigitan itu menggunakan antiseptik (seperti neosporin). Ball Python juga selalu kelihatan “menguap”. Biasanya bagi menyelaraskan semula rahang mereka selepas makan. Ia juga dilakukan tanpa sebab tertentu. Mungkin hanya kerana tabiat semulajadi mereka.

Ball python ini juga boleh berenang dan ia adalah perenang yang tangkas serta pemanjat yang mahir. Sebab itu kandang Ball Python memerlukan kolam untuknya berenang. Kadang-kadang ia akan merendamkan diri di dalam air untuk sehari dua kerana kemungkinan kulit ular kamu itu terkena hama. Jadi periksalah ular kamu jika ada sebarang kelainan pada badan dan sekitar mata yang mencurigakan.

Ball Python turut berdesir seperti spesis ular yang lain. Ia menghasilkan bunyi seperti itu untuk mempertahankan diri. Ini adalah cara ular memberi amaran kepada kamu supaya membiarkannya bersendirian. Biarkan seketika, ia akan mula tenang dan belajar bahawa kamu bukanlah satu ancaman.

Jika Ball Python terlepas dari sangkar atau melarikan diri, jangan panik. Carilah pada waktu malam dan lihat di sekitar peralatan yang mengeluarkan haba yang banyak seperti peti sejuk, televisyen dan lain-lain.

Pengenalan kepada Ball Python - Oleh PetsAreCute

Semoga fakta-fakta dan pengenalan tentang Ball Python di atas dapat memberikan sedikit gambaran dan maklumat kepada kamu sebelum merancang untuk membela haiwan tidak berkaki ini. Kamu wajib mengetahui segala sesuatu tentang Ball Python sebelum menjadikannya sebagai haiwan peliharaan. Bukan hanya sekadar membeli dan membela tanpa ada sebarang pengetahuan asas.

Ingat, jangan sampai menyiksa! Sayangilah Ball Python kesayangan anda.